assalamualaikum wbt..
main ulang bulan, hr ni genap sebulan arwah papa meninggal..kami sudah redha, kami sudah pasrah..walaupon masih ade rs terkejut dan semacam tak percaye, tp kami sudah ikhlaskan dan kami yakin dgn ketentuan Allah SWT..
mlm td mase berbuke, ayah fayyadh buke kt segambut..tgh nk mkn, tbe2 hp berbunyik..sekali dgr tu terlintas je mcm ade yg xkena..yelah kn, tgh nk buke pose kot time tu..rupe2nye agh kol..nangis2..agh n mama ngis2 rndukan papa..
ya Allah..bderau darah..sy tau ayah fayyadh cube sorok kesedihan atau kerinduan die kt arwah papa..tp bile dgr cmtu, mgkin die kalut cket..mama, agh..sume org pasti rndukan arwah papa..smg kte terus bersatu utk tetap kuat n kurgkan sume kemurungan tu..insyaAllah..andaikate tiap kali rs rindu dan teringat arwah papa, sedekahkan lah al fatihah..yassin..smg arwah papa tenang di sane..
sy cube berlagak ok..tp ternyate sy xskuat yg sy sgke..mlm td sblum tdo ternampak galaxy tab, arwah papa pnye..niat hati nk pecahkan rekod sape ntah game fruit slice..fayyadh pn nmpk lena btol tdo..mgkin bleh spend time cket main game..tgh nk main game tu, trus terbayang arwah papa mesti tgh main game kt galaxy tab everytime ktorg balik damai..arwah papa akan duduk kt kusi comel kt depan umah samade tgh main game atau hisap rokok..papaaaaaaa...dush..bergenang air mate...terus terngiang kt telinge sy mama bgtau hr tu. hr jumaat mlm sebelum papa meninggal..lepas dpt tau papa akan dipindahkn ke CCU, papa sempat sedar n bgurau senda ng mama n kakju..arwah papa smpat tanye sy..huuu~ sy sedih..sy xsmpat jumpe arwah papa pn.. :(
tula kali terakhir arwah papa sedar..xlame lepas tu arwah papa kena serangan kritikal yg kedue..
bukak2 galaxy tab tu lg, terjumpe stu link kt website Mont Kiara FC, adik dh save as favourite..football team-mates buat stu entri utk arwah papa...klik ni..tribute to..
sedih......al fatihah...
untuk abg, agh n adik..jgn sedih n please be strong..
walaupon papa dah menggal, tu x mgahalang korg utk jlnkan tggjwb sbg anak yg soleh..
terus lah berbakti...insyaAllah diberkati..
1. Menjelaskan hutang
Islam amat menitikberatkan dalam persoalan
memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia melibatkan hubungan
sesame manusia ketika hidup di dunia hingga ke akhirat kelak. Seseorang yang
berhutang wajib menjelaskan segala hutangnya dan sekiranya ia meninggal dunia
sebelum sempat menyelesaikan hutangnya maka tanggungjawab untuk membayarkan
hutang adalah ke atas warisnya. Semua hutang samada melibatkan orang
perseorangan, pihak bank dan sebagainya hendaklah dibayar tanpa mengira jumlahnya
yang sedikit atau pun banyak. Sabda Rasulullah s.a.w.:
2. Membayarkan zakat
Seseorang yang meninggal dunia dan belum membayar
zakat, maka wajib bagi warisnya menjelaskan zakat tersebut kerana zakat yang
belum dibayar itu adalah merupakan hutang seseorang hamba kepada Allah s.w.t.
Kewajipan membayarnya pula didahulukan sebelum menjelaskan hutang yang lain,
memenuhi wasiat dan pembahagian harta pusaka. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Daripada hadis tersebut dapatlah difahami bahawa
sebarang hutang oleh seseorang hamba kepada Allah s.w.t.adalah lebih utama
dibayar. Ia termasuklah urusan pembayaran zakat sama ada zakat fitrah, zakat
harta, zakat perniagaan dan sebagainya.
3. Mengqada'kan puasa
Waris atau anak-anak disunatkan supaya mengqada'
puasa ibu bapanya yang telah meninggal dunia, ia termasuk puasa ramadhan,
puasa nazar dan puasa kaffarah, Sabda Rasulullah s.a.w.:
Dalam hadis yang lain baginda bersabda :
4. Membayarkan fidyah puasa
Fidyah puasa itu memberi sedekah dalam kadar satu
cupak makanan asasi penduduk sesebuah negara samada daripada beras, gandum
atau seumpamanya. Di Selangor kadar timbangan satu cupak itu ialah 900 gram
bersamaan dengan RM 1.10. Mereka yang diwajibka membayar fidyah puasa ialah :
i. Orang sakit yang tidak akan harapan untuk
sembuh penyakitnya.
ii. Orang tua yang tidak beruapaya atu menemui
kesukaran untuk berpuasa dengan sebab tuanya.
Bagi mereka yang tersebut di atas yang tidak
berupaya untuk berpuasa, maka diwajibkan bagi mereka memberi makan seorang
miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan puasa dengan satu cupak atau nilai
yang bersaan dengannya.
Firman Allah s.w.t.:
5. Mendoakan ibu bapa
Doa daripada anak yang soleh merupakan khazanah
ibu bapa yang amat berharga dan ia akan sentiasa mendoakan keduanya.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda :
6. Menghubungkan tali silaturrahim
Menghubungkan tali silaturrahim adalah termasuk
dalam perkara yang amat penting dan ianya merupakan salah satu tuntutan
syariat yang harus mendapat perhatian utama dari umat Islam. Mengeratkan
hubungan silaturrahim dan berbuat baik dengan kaum kerabat dan sahabat ibu
bapa adalah sebahagian daripada cara berbuat amal untuk keduanya yang telah
meninggal dunia.
Abdullah bin Umar r.a. meriwatkan, Rasulullah
s.a.w. bersabda :
7. Menziarahi kubur
Menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad
dan besar ganjarannya disisi Allah. Adalah lebih baik jika diziarahi pada
setiap hari Jumaat dan dibacakan surah Yaasiin untuknya. Kelebihan mengenang
ibu bapa dengan berdoa dan menziarahi kuburnya membawa kebajikan yang bukan
sahaja kepada anak-anak yang solehtetapi juga kepada anak yang derhaka.
Adab ziarah kubur
i. Hendaklah bersih daripada hadas ( sunat
berwuduk).
ii. Sunat memberi salam secara umum kepada ahli
kubur sebaik sahaja sampai di tanah perkuburan.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
iii. Setelah sampai dekat kubur ibu bapa
hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan mengadap muka si mati sambil
memberi salam khusus kepadanya. Contohnya : jika si mati itu bapa,
lafazsalamnya adalah:
"Assalamualaikum wahai ayahku "
iv. Membaca Al-Quran dan menghadiahkan pahalanya
kepada kedua ibu bapa.
v. Hendaklah mengadap kiblat dan berdoa untuk
kedua ibu bapa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan rahmat kepada
keduanya.
8. Menyelesaikan harta pusaka mengikut faraid
Pembahagian harta
pusaka hendaklah dibuat setelah dijelaskan segala hutang si mati samada
hutang dengan Allah mahupun sesama manusia, wasiat dan segala perbelanjaan
pengurusan jenazah.
Firman Allah s.w.t.:
9. Memohon kemapunan bagi dosanya
Perkara yang paling mudah dan dapat dikerjakan
oleh semua orang pada bila-bila masa ialah berdoa serta mohon keampunan bagi
dosa kedua ibu bapanya samada yang masih hidup, lebih-lebih lagi yang telah
meninggal dunia sepertimana doa yang dianjurkan dalam Al-Quran :
Firman Allah s.w.t.:
10. Membuatkan haji untuknya
Anak-anak digalakkan untuk membuatkan haji bagi
kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia tetapi belum sempat menunaikan
haji. Ia boleh dilakukan dengan membuat sendiri ( bagi yang telah menunaikan
haji untuk diri sendiri ) atau dengan cara mengupahkan kepada orang lain.
Walau bagaimanapun sekiranya kedua ibu bapa telah
bernazar untuk menunaikan haji tetapi tidak berkesempatan kerana telah
meninggal dunia, maka wajib bagi anak atau waris melakukan haji untuknya
dengan segala perbelanjaan adalah daripada harta peninggalan si mati. Sabda
Rasulullah s.a.w.:
Sebagai kesimpulannya, marilah sama-sama kita
menghayati semula peranan seorang anak kepada ibu bapa. Tanpa mereka siapalah
kita dan adakah kita boleg berada dalam keadaan dan kedudukan yang kita
miliki pada hari ini? Sedarlah bahawa tanpa keredhaan mereka, kita juga tidak
akan mendapat keredhaan Allah s.w.t.. Semoga kita akan tergolong dalam
golongan yang diredhai dan memasuki syurga Allah.
|
Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya :
Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). (Sahih Bukhari dan Muslim)
Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata :
“ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia ?
Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya.“ (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)
p/s: Fayyadh mcm dh phm..hr tu ms balik damai, die tgh main2 kt cermin almari..ade gmbr arwah papa kt ctu..tbe2 je die cium gmbr arwah papa tu..sy tacing.. :(











0 comments:
Post a Comment