Wednesday, August 1, 2012

: b l u r :

assalamualaikum wbt..
kdg2 sy terpk jgk ape sbnrnye tujuan sy berblogging..
sy tgk blog org, bc blog org..ade yg buat sy happy..ade yg buat sy meluat, myampah
terpk jgk ape agknye prasaan org bile bc blog sy
sejak xde fb ni, mgkin blog adelah salah stu medium utk org iaitu kwn2 alam maya, kwn2 skolah, kwn2 kolej, kwn2 universiti, kwn2 team sorak (waah, sejak bile..) yg xde emel n no fon sy utk berborak, bleh la kot tau update sy..ye ek ek?
hehe, xpela..husband sy sorg je suke bc blog sy pn xpe..kih3


hr ni ade majlis buke puase kt L'Heritage, Royale Chulan under office..nk xnk mmg kna g la..
fayyadh hr ni x p taska..taska die ttp 8am - 5pm..ngam btol hr n time nye kn
terpakse mtk tlg nenek die jage siang, n tpakse mtk tlg unty ju die jage mlm..
sorry ye nenek n unty ju..smg fayyadh xmyusahkan..
gonna miss u, cyg ibu! huuu~
haaa sempena ng majlis buke puase ni, ktorg ade dpt door gift..tp style door gift ni mcm cabutan bertuah..each person dpt nombor n match kn la dgn nombor yg ade kt wrapper hadiah tu..smlm lg dh wat ni sbb dorg kate xnk bwk byk2 brg p mkn nnt..sy dpt no 11..mcm dh sedap dh nombor, kisahnye bday sy bulan ni 11hb..hihi (promote dlm keadaan xsedar)
xpyh pnjg2, sy dpt hairdryer..xpenah hayat sy pakai hairdryer..mgkin sy leh cube kt fayyadh..rmbut die kn comel..kih3
tq management! :)
ape pn, smg mknan sdap2 hr ni..huhu


ok, sblm sy menutup entri ni..terimelah sepatah due kate dr sy..


kte sbg anak ni kna sedar..ade byk care berbakti kpd ibu bape..xde sape yg leh ukur tahap bakti kte kpd ibu bape..mgkin shj ibu bapa itu sdr pn xtau sesuatu itu adelah berbakti..hanya Allah shj yg tahu..selagi kte xmenyakitkan hati ibu bapa kite dan tdak mmbuat mereka sedih, insyaAllah Allah akan mengangkat bakti kte kpd mereka..


kdg2 kte lupe..kte rs berbakti itu cukup dgn duit bulanan..sy pasti tu yg sgt biase..tp sbnrnye byk lg care berbakti..malah sbnrnye yg lbih diperlukn dr ibu bapa tu sdr..


ade anak2 cube bersikap sgt protective..risaukan ibu bapa yg skt, demam dan sbgnye..cukupkah dgn msg n kol stiap mase? pernah x kte pk, lbih baik kte jenguk mereka, rawat mereka..picit kepale mereka, pahale..lap bdn mereka dgn kain basah, pahale..suapkan mereka makan, pahale..bg mereka minum air, pahale..subhanallah..
tdak dilupe juge, teman mak tgk tv, pahale..dgr ayah bercerite, pahale..makan same2, pahale..isk, xterkate byknye..


sy tggal bersame ibu bapa sy..sy masih belum berpindah..dr stu segi, sy rs sy ptot bdikari..spatutnye tdak myusahkan ibu bapa sy dan sbgnye..tp bile sy pk balik, sy bleh lbih berbakti jika tggal bsame..memandangkan keadaan kewangan sy yg xbrp stabil, sy mmg xmmpu nk bg duit blanje kt mak n abah byk2..sy buat ape shj termampu..lege rsnye bile saat sng ssh mak abah, sihat skt mak abah, sy ade di sisi..pling tdak, mereka ade dpn mate sy..mgkin xde yg sedar, sy la yg paling beruntung..kih3


sy pasti pernah lalai n leka, mbuat kesilapan dan pasti pernah buat mereka terase ht dgn sy..tp sy masih berpeluang buat perkare yg lain..yg mgkin tdak lgsg bg org lain yg xduduk bsame..elok bile dpn mate, kte mgkin cpt sedar dan bleh mtk maaf cpt2..insyaAllah.. :)


wallahua'lam..kpd yg jauh, mgkin anda leh usehekan..kpd yg bdekatan, rasailah kerugiannye tdak melakukan itu..hihi

10 Cara Berbakti Kepada Ibubapa
SETIAP anak WAJIB berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua.


Saya unjurkan istilah WAJIB berbakti semata-mata kerana jika kedua-dua ibubapa kita boleh membesarkan kita dengan penuh kasih sehingga kita mampu berdikari dan berjaya dalam hidup. Apatah lagi jika dikira dengan jumlah wang ringgit yang dibelanjakan, penat lelah, keringat dan masa sehingga kita mencapai umur 20an tahun, masakan kita sebagai anak tidak mampu berbakti kepada mereka menghabiskan sisa-sisa hidup mereka dengan aman dan penuh kemanisan.
Itulah sebabnya Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia hatta jika kita sebelum ini seorang yang bukan Islam sehingga memeluk Islam sekali pun, kita perlu mentaati mereka tanpa syak wasangka.


Kalaulah kita tidak mampu berbakti kepada mereka, benarlah kata pepatah 
"Seorang ibu boleh menjaga 10 anaknya dengan sempurna, tetapi 10 orang anak masih belum tentu lagi mampu untuk menjaga ibu mereka yang satu.”

Sebenarnya, banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu bukan sahaja berbentuk material semata-mata malah, ianya merangkumi elemen spiritual dan hubungan kasih sayang yang perlu ditunjukkan oleh setiap insan bernama ANAK. Ini lebih-lebih lagi bersesuaian jika keadaan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Bukannya, untuk melepaskan tanggungjawab kita, ibubapa dihantar ke rumah orang tua, semata-mata kerana kita tiada masa dan tidak tahan dengan karenah mereka. Nau zubillah hi min zaa lik.

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa mereka ialah:

#Memberi nafkah.
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

#Menyediakan tempat tinggal.
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

#Memberi kasih sayang.
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)

#Memberi perhatian.
Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

#Memenuhi permintaan.
Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.



Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang. 
Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.”

#Melakukan apa yang disukai.
Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”

#Bercakap dengan lemah lembut.
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

#Menghadiahkan kejayaan.
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

#Meluangkan masa bersama-sama.
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

#Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.


Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.


Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).


Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.



0 comments:

Post a Comment