salam semua..
saje nak share pasal susu ibu..macam2 ada..hehehe
Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi.
Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud;
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."
Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/ susu buatan daripada susu lembu.
Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tetapi susu sintetik masih belum dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.
Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi semenjak dilahirkan lagi.
Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula.
SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang tepat mengikut perkembangan bayi.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai Kolostrum dan mengandungi tiga kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.
Kolostrum mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran.Susu ibu bersih dan bebas daripada bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu).Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.
Faedah Penyusuan Bayi
01.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.
02.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.
03.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.
04.Mencegah dari penyakit rabun malam.
05.Mencegah bayi daripada mendapat alahan.
06.Menggelakkan penyakit taun.
07.Menggelakkan jangkitan telinga.
08.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.
Penyusuan Susu Ibu Menurut Islam....
PERTAMA
Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
KEDUA
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. "Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.
Janganlah menjadikan seseorang itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut." (Al-Baqarah:233)
KETIGA
Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Di sini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.
KEEMPAT
Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambil alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.
KELIMA
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.
KEENAM
Ibu yang tidak mampu dan tidak boleh menyusui bayinya adalah digalakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu. Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi.
Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.
Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga mempertingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan asal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.
Kenapa Bayi Tidak Boleh Diberi Makan Sebelum 6 Bulan
Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.
WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.
Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:

- Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.
- Anggapan bahawa bayi lapar.
- Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
- Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.
1. Sistem penghadaman yang belum matang
Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.
Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).
Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?
2. Masalah kesihatan jangka masa panjang
Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.
Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?
3. Masalah dalam penyusuan
Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.
Sayangilah masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.

1 comments:
THANKS..
Post a Comment