Saturday, July 16, 2011

N I S F U S Y A A B A N...

Fadhilat Syaaban 1


SYAABAN DAN KELEBIHANNYA



 

REJAB sudah meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan bersama Rejab pada tahun hadapan.

Kini muncul pula bulan SYAABAN. Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.

Hukamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”

Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

KEUTAMAAN SYAABAN:

Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?

Memperbanyakkan puasa sunat:
i. Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

ii. Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

iii Jika berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

iv. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)

v. Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”

Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.

MALAM NISFU SYAABAN:

Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.

Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.

Wednesday, July 13, 2011

h a i y y a a..

salam semua..
waah, hr ni full btol schedule..
drpd packing brg smpai ke meeting sggah ke discussion sgkut plak ke dateline documents..
gile la..menduge iman btol..
hr ni sy puase..smalam kononnye igt hr ni xnk pose coz movers nk dtg hr ni agkt brg..so tkut collapse la kunun klu pose..almaklumlah sy ni agk la lemah cket..kih3..tp nsb baik truskan niat utk pose coz movers xjdk dtg hr ni..
slmt 1 hr pahale pose..huk3

sbenonye nk cte dr smlm lg..tp ter missed out plak story nih..
klu korg sume nk tau, since 1st day start keje, sy xpenah pkai seluar..
hr biase sy pkai bju kurung  
n friday sy pkai jubah..
pg smlm sy bru je msuk entry plaza ni..terserempak dgn sorg hambe Allah kenalan sy ni..tbe2 je die tnye, 
"sofiah, knp xpkai seluar?"
sy pn dgn bengongnye g jwb, "ala mls..bju kurung lg sng..sarung je"

padahal bkn tu yg SEPATUTNYE sy jwb kn??
sy bkn nak aibkan hambe Allah tu..tp klu korg nk tau..sy boleh kategorikn die sbg "seksi gile"
wpon xde la terdedah mcm heroin cte transformers, tp die sgt xmenutup aurat dan die adelah org Islam..
kn ke best klu sy dpt mjawab soalan die tu smbil menyelitkn dakwah skali..ye x..
hmm..

nk dijadikan cte..hr ni sy pkai blouse labuh smpi lutut+seluar ..psl kunun2 movers nk dtg agkt brg tu la..smlm sy tertonggeng2 pkai baju kurung angkat n tolak2 kotak..cm terselak2 la plak kain kn..so hr ni sy pkai seluar spy sng la nk angkut2 brg tu..
mmg tu la tujuan sy..
kbtulan, jmpe la lg hambe Allah yg smlm tu..
waah, cmni die kate kt sy..

"sofiah, kn manis pkai seluar.."
aik..confused btol..kih3

sy xphm btol ng pndgan dan pemikiran die..sdgkn superior sy, which is CHINESE..siap pelik knp sy pkai seluar..pastu esok ktorg akan pegi site utk wat audit..bos siap tnye,
"esok you pegi site pakai pants ke?"
sy tnye balik, "why?"
bos:"no la..if you pakai baju kurung je also can..coz that site is completed one..bkn under construction.."
hmm..dh tbalik kn..
haiyyaaaa...mcm2 hal..


hah..msuk hr ni dh 3 hr fayyadh bgun before ibu n ayah g keje..noty tau..
bgun pg2 ckp sorg2..dh penat ckp ibu xlayan, mara..hahaha
fayaydh2..

Tuesday, July 12, 2011

H A R I K E H A N C U R A N..

Salam semua..

dh lame teringat nak share ni tp hampir2 tlupe..
sy pertame kali diberitahu tentang ni ms sy pergi interview kt sebuah syarikat bumi kt Ara Damansara..thun lepas..time tu tgh peknen 4bulan..difahamkan company ni di bawah pimpinan Datuk Hassan Din Al-Hafiz.
Sesi interview tu diselitkan dgn isu yg sy nk share ng anda sume ni..walaupon tak dapat keje tu, tp sy bersyukur sgt sbb dpt info n ilmu yg sy xpernah tau sblum ni..
sekarang memang Datuk Hassan Din Al-Hafiz sedang cube betolkan akidah org2 Islam dan membetolkan pkare ni..
 
Datuk Hassan Din Al-Hafiz jugak pernah dtg kt Masjid Ubudiah kt rumah sy utk bcakap hal yg same..pastu plak aida ade share kt sy melalui pgalamn seseorang yg pernah dgr hal ni juge dr Datuk Hassan Din Al-Hafiz..so, sy share ng anda sume..mane la tau msih ade lg yg xtau..xsalah share kn!? :)
insyaAllah same2 kte bermanfaat dr nye..
............................................................................................................................................................
 
Titian Sirat Al-Mustakim
 
Assalamualaikum warga CG sekalian..

sekadar berkongsi..

td pagi aku join ceramah oleh Datuk Hassan Din Al-Hafiz berkenaan tajuk di atas..
sungguh menarik kupasan beliau..
rupa2nya selama ini apa yg kita belajar dan ketahui adalah silap berkenaan 'titian sirat' tu..(seolah2 kes yg sejarah - paleolitik dll tu la, yg prnh dibincang dlm ni dl)
hasil kajian oleh beliau, sirat sebetulnya adalah 'jalan/lorong' menuju ke padang mahsyar..ada byk sirat..

bukan seperti yg kita belajar n ketahui sebelum ini iaitu sirat adalah titian yg merentangi api neraka.ada yg kata sirat ni sehalus rambut yg dibelah tujuh..ada yg kata setajam pisau dll lg
beliau ada tunjukkan gmbr mcm mn keadaan n kedudukan neraka,syurga,sirat,padang mahsyar tu
di antara neraka n syurga tu ada tembok pemisah..

semasa di padang mashyar..kita akan dipisahkan kepada 3 kategori
A-terus masuk syurga
B-terus masuk neraka
C-tengah2 (yg ni yg akan dihitung amalannya samaada ke syurga atau neraka)


sirat tu byk..so, yg dl kita belajar ada yg lalu melalui sirat ni laju spt kuda, pantas spt kilat, merangkak..dll.ikut kajian beliau sirat adalah jalan atau lorong menuju ke mahsyar..

kenapa hassan din kata sirat tu bukan berada di atas api neraka kerana hasil kajian beliau Allah berfirman (maaf aku tak igt surah)..sebut tentang pintu neraka.neraka ni ada pintu..begitu juga syurga.takde pula sebut sapa2 yg lalu ikut sirat tu, kemudian jatuh ke neraka!

semasa sesi soal jwb,beliau juga ada ceritakan mengenai sorang ulama' yg telah membuat kajian tentang umur Aisyah r.a semasa berkahwin dgn Nabi S.A.W. Hadis sahih ada menyatakan umur Aisyah pada ketika itu adalah 6 tahun (yg masyhur 9thn). menurut kajian ulama ini..umur Aisyah sebenarnya adalah 16tahun. buku pasal ini ada dijual.mungkin sape2 leh cari..
Selain tu, umur Siti Khadijah semasa berkahwin dengan Nabi S.A.W seperti yg kita pelajari n ketahui adalah 40tahun..dan Nabi S.A.W pd ketika itu berumur 25 tahun. tp menurut kajian ulama' tadi, umur Siti Khadijah adalah hampir sebaya dgn Nabi S.A.W..cuma tua sedikit drpd Nabi S.A.W..
rupanya byk lagi yg kita tak kaji..kita main terima je..
wallahua'lam..
 ............................................................................................................................................................
 
 Gambaran Hari Qiamat


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

  Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.

Doa anak²nya yang soleh.

Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

D a k w a h M e m e r l u k a n H i k m a h

Salam semua..
sy berjalan2 ke iluvislam td..tula rutin sy bile ade kelapangan waktu..suke nk bace artikel2 kt situ..tambah pengetahuan, tingkatkan iman..insyaAllah..


sy berkenan ng tajuk ni..

baru je bace ayat ptame, dh tdetik kt ht sy..sy mengalaminye..cume, kdg2 ht sy jdk lemah..knp stiap usehe sy utk bdakwah tu boleh dikategorikan gagal..sy terpk2 sdr..adekah krn sy tdak layak berdakwah dan sy mmg xmmpu untuk mengajak atau mengubah org ke arah kebaikan?
ya Allah, bantulah hambeMu ini..berikanlah hambeMu ini kekuatan dlm berdakwah..


sy mmg bknlah org yg smpurna dr segi iman dan ilmu agama..tp sy stiase cube memperbaiki dr..semakin hr sy semakin yakin bhw impian sy utk ke syurge tdaklah semudah blaja ABC..semakin hr jgk la sy stiase menangisi kemungkaran2 yg pernah sy lakukan dan stiase berazam ingin berubah mjadik lebih baik..

sejak abes pantang, sy seolah2 semakin jauh dr Allah..jarang buat amalan2 sunat..rs kosong je jiwe ni..syukurlah amalan wajib tak terjejas..insyaAllah..mmg xptut berlaku cmni..sy ptut tunjuk n ajar fayyadh dr skrg, kn!? jdk, sy perlu ubah..chaiyuk2..ni skrg ni tgh gile2 ganti puase pn dh trase sedih..xpernah sy rushing nk ganti pose ni..
kdg2 sedih tgk susu cair je n fayyadh xsuke..tp sabar ye syg..ibu hrp fayyadh dpt zat susu sepenuhnye..ibu kene usehe lbih kuat nk ganti pose!! huhu

xperlu jauh2, bdekatan sy, ade je org2 yg perlukn dorongan dan nasihat..ade je yg patut sy jauhkn dr dose2..tp apelah daye sy..sy hanye mampu bdoa smg usehe sy berbaloi..sy xkn putus ase..
kepade mereka yg msih blum sedar, smg Allah stiase ingin menerima taubat kte selagi ade mase..selagi blum tutup mate utk selamenye..


sempat jugak sy teringat borak2 ng mak,abah n aida mggu lepas..
abah ade cite psl seorang hambe Allah yg merupekan owner sebuah kompleks di kuala lumpur..melayu la kn..teruje la dgr sbb jarang dgr owner kompleks ni melayu..biasenye cine kn..
cte pnye cte..puji pnye puji..aida tnye, cmne die leh kaye cmtu..
pastu abah pn kate..slh sorg jiran kami keje ng hambe Allah tu..tukang kebun..gaji die RM2K,ok! jiran kami ni yg share ng abah..die kate hambe Allah yg kaye ni ade lbih dr stu rumah n kereta..mewah2 plak tu..yg xbestnye,stiap rumah die ade stu ruang khas untuk...jeng3..minum arak..
Astaghfirullahalazim..tdiam..tkejut..xleh nk kate ape dh..
pastu abah cte lg, hambe Allah ni adelah org yg suke bjudi dan ade kemgkinan besar kekayaan die dtg dr hasil bjudi..dictekan jugak, hambe Allah ni penah kalah judi stu mlm RM1juta..huh! 
no komen.full stop.

abah ade ckp, kte ni saat kte berbuat dose, iman kte diangkat..mkne kate, time kte tgh buat dose, kte tgh xde iman dlm dr..bygkan klu kte mati tgh buat dose tu..cnfirm bkn syurge! xdterime di mane2 syurge Allah klu mati dlm keadaan tdak ade iman..Nauzubillah..

sbb tu kte perlu stiase perbahrui iman kte..utamekn yg pnting..solat tu xleh tggal..skurg2nye dgn solat kte tau kte stiase Islam selagi x menduekan Allah/syirik/murtad..jgn main2 soal hukum hakam ni..bygkn hdup kte kt akhirat nnt..jgn pndg remeh..

wallahua'lam..smg kte stiase mdapat rahmat drNya..

Monday, July 11, 2011

s u s u i b u II..

Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi seawal usia enam(6) bulan

Bayi dilahirkan dengan kandungan zat besi atau iron yang tinggi, dikatakan cukup untuk menampung keperluan zat besi merekan sehingga mencecah usia 6 bulan, subhanallah sungguh amazing kan.:) Atas sebab itulah kita tak perlu bagi makan pada anak/bayi kita seawal usia 2 minggu atau 2 bulan atau mana-mana bulan sebelum anak/bayi mencapai usia 6 bulan.

Tapi saya paham betapa susahnya nak mengelak teguran-teguran orang sekeliling seperti ;
bagi la anak kamu tu makan dia asik tengok je bila orang lain makan
(bayi memang genius!mereka meneroka setiap sesuatu yg berada disekelilingnya, bagi bayi, mereka sangat ingin tahu kenapa ibu atau ayah atau nenek memasukkan sesuatu ke dalam diri dan menggerak2kan mulut berulang kali, umpama satu aktiviti beritma.Bayi sukakan aktiviti beritma berulang kali begitu.Nama aktiviti itu ialah:MAKAN. Bayi suka tengok org makan bukannya mereka hendak makan :) )

anak kamu tu dah hisap2 jari tangan segala, tu dia nak makan la tu
(bayi menggigit jari untuk eksplorasi tubuh sendiri, malah sejak dari dalam rahim ada bayi yg telah mula menghisap jari)

tengok anak kamu tu asik menangis je tu maknanya dia lapar la tu…susu dah tak cukup dah ni bagi lah dia makan
(bayi menangis antara sebabnya ialah mereka rasa tak secure apabila berjauhan dengan ibunya. Itu sahaja.bayi yang disuap makan pada usia muda akan ketiduran bukan kerana ia telah dapat apa yg dia mahukan dan berasa puas,tetapi kerana perutnya rasa senak dan dia tak larat untuk menangis, maka tidurlah cara yang mudah untuk menghilangkan rasa tak selesa itu. Badan dan buah pinggang akan mendapat beban extra kerana makan pada usia yang belum masanya untuk dia makan ni.)
Namun sebagai ibu anggun yang berilmu, sewajarnya kita bersikap ‘dengar dan angguk’ saja untuk kesejahteraan bersama. 

Andaikata ada lagi suara2 menggoda seperti :
anak kamu kalu makan ni tentu jadi tembam baru comel
(hakikatnya tembam tidak semestinya petanda bayi sihat dan juga sebaliknya)

ala bagi je makan, cek dulu bagi anak2 cek makan elok ja depa semua sehat jadi orang semuanya
(hakikatnya, amalan yang tidak perlu dan tidak wajar, tidak patutlah diteruskan walaupun ia tak membahayakan, apatah lagi jika bertentangan dengan hukum/ilmu perubatan.Mungkin ‘cek’ dalam kes ini bernasib baik kerana anaknya tidak sakit. Hari ni ramai golongan yg sebaya mak ayah kita dapat sakit diabetes dan geng2nya, mungkin kerana amalan memberi makan pada usia yg tidak patut)

Wah, alhamdulillah.Untung kan jika anak2 kita membesar sihat, cerdik dan comel. Ingatlah walau apa pun saranan dan cadangan keluarga atau kawan tersayang, pastikan ianya tidak menyalahi dua hukum ini :
  • 1)Hukum syara’
  • 2)Hukum ilmu perubatan dan kesihatan.
Bukanlah saya nak menafikan kepandaian dan pengalaman orang-orang terdahulu tapi kita nak beramal wajiblah dengan ilmu bukan beramal sekadar ikut-ikutan. Belakang hari jika ada masalah akibat tindakan kita beramal sekadar mengikut amalan orang lama, maka tak boleh lah kita menyalahkan sesiapa kerana sepatutnya dizaman celik IT ni ilmu pengetahuan boleh di dapati dihujung jari saja, maknanya anda perlu on PC/LAPPY, connect broadbad/internet, masuk google.com dan galilah segal ilmu yang anda perlukan. TAPI…ilmu berlulah berguru, kerana jika mencari imu tanpa guru, maka syaitan akan menjadi ‘guru’ anda.Maknanya syitan akan sesatkan anda bermula dari mana2 point yang anda tak paham atau kurang mengerti.
Bagi bayi yang sungguh suci dan sihat yang lahir dari rahim seorang ibu, tubuh badannya telah ALLAH SWT lengkapkan dengan segala keperluan untuk bayi tersebut survive di atas bumi ini.

Bekalan paling ultimate yang telah ALLAH sediakan ialah SUSU IBU. Maka menjadi kewajipan untuk ibu itu memberikan hak yang ALLAH dah sediakan untuk bayi. Ye ia adalah kewajipan ye bukannya pilihan. Walaupn tidak ditegaskan hukumnya secara jelas oleh ALLAH di dalam al-Quran, tetapi ALLAH telah menyebutkan dengan nyata dan jelas (bayyin) dalam al-Quran tentang saranan menyusukan selama dua tahun. Ketahuilah bahawa ayat2 dalam al-Quran terbahagi kepada 2 :
  1. Ayat-ayat Muhkamat – menghuraikan hukum ecara jelas dan terang.Kalau haram disebut haram dan kalau halal dinyatakan halal, contohnya ayat pegharaman memakan babi, minum arak dan sebagainya.
  2. Ayat-ayat Mutasyabihat – tidak menyatakan hukum secara jelas, tetapi sekadar menyebutkan saranan atau tegahan sahaja, contohnya : ayat menggalakkan penyusuan susu ibu, ayat menggalakkkan wanita memakai tudung dan melabuhkan tudung separas dada, dan sebagainya.
Semasa zaman Rasulullah SAW, bagindalah yang akan menghuraikan secara detail bahagian yg mutasyabihat, maka huraian baginda akan menjadi hadis yang hari ini kita rujuk untuk menentukan pelbagai hukum syara’. Malah ulama’ seluruh dunia juga akan berkumpul dan berijma’ untuk berbincang tetang sebarang khilaf sesautu hukum yg mutasyabihat berlandaskan hadis Rasulullah, dan akhirnya lahirlah ijma’ ulama’ dan fatwa.
Berdasarkan al-Quran, Hadis nabi dan ijma’ ulama’,  menyusukan bayi itu adalah sangat2 dituntut sehingga tuntutan itu boleh menghampiri wajib. 

Sebab itu ALLAH salurkan option penyusuan seperti berikut :
  1. Ibu menyusukan anaknya sendiri
  2. Ibu tidak mampu menyusukan, maka dapatkanlah ibu susuan.
Dan WHO pada tahun 2005 telah mengeluarkan panduan penyusuan seperti berikut :
The WHO and UNICEF recommend the following feeding choices for infants, in order of preference:


1. breastmilk directly from mother’s breast
2. expressed breastmilk from the infant’s mother
3. donor breastmilk
4. appropriate breastmilk substitute

UNICEF, accessed Oct, 2005
***3. donor breastmilk (ibu susuan : directly atau by EBM )

Bagi ibu-ibu yang sangsi dengan kewujudan susu mereka pada jam-jam terawal kelahiran, janganlah anda khuatir! Sungguh normal jika selepas je anda melahirkan sehinggalh 72 (malah ada yang lebih) jam yang pertama, bila anda memicit puting susu, tiada sebarang susu yang keluar. Ini kerana, colostrum yang ada pada waktu ini hanya keluar melalui hisapan bayi. DAN BAYI ANDA TIDAK AKAN MENGHADAPAI DEHYDRATION ATAU HIPOGLISEMIA SEKIRANYA ANDA TERUS MENYUSU DENGAN SUSU ANDA TANPA MEMBERIKAN BAYI ANDA AIR SUAM ATAU SUSU FORMULA!

Ketahuilah bahawa bayi dilahirkan dengan amount bendalir/ liquid dan hemoglobin yang berlebihan yang mana kedua2nya perlu diseimbangkan kepada kadar optimal.Sebab itu lah :
  • Bayi anda tidak perlukan cecair tambahan, apatah lagi makanan tambahan pada usia di bawah 6 bulan! – kerana bendalir berlebihan dari dalam badannya cukup untuk mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam badan.Pastikan anda menyusukan bayi anda dengan susu ibu sekerap mungkin.
  • Bayi anda akan mengalami keadaan yang dipanggil ‘kuning’ – badan menyingkirkan legihan hemoglobin, tindakan pemecahan hemoglobin ini menghasilkan BILIRUBIN yang berwarna kuning.Maka janganlah anda panik. Itu adalah normal.Bantulah bayi anda menyingkirkan bilirubin itu dengan cara menyusukan bayi anda dengan susuibu sekerap mungkin, jika boleh sejam sekali.
Kesimpulannya bayi anda tidak memerlukan makanan tambahan, minuman/cecair tambahan selain dari susu ibu, sehingglah usianya mencecah 6 bulan.Kandungan iron yang cukup dan bendalir yang optimum membantu bayi anda untuk hidup sihat dan ceria, berbekalkan susuibu sebagai makanannya.InsyaALLAH bayi anda akan membesar sihat sepanjang hayat.